Tuesday, May 5, 2009

MISTERI FITNAH RUMAHTANGGA

Terbaca satu article yg sangat menarik hari ni dalam majalah Mingguan Wanita oleh Dr, Hj Juanda Haji Jaya, Perunding Undang2 Keluarga Islam.


Badai dalam rumahtangga!
Siapa pun pasti takut menghadapinya, namun itulah hakikat sebenar dalam perkahwinan. Ya, anda mesti melalui badai itu sendirian tanpa pertolongan sesiapa. Sanggupkah kita melawan serangan Fitnah dalam rumah tangga????

Terlalu banyak kalau saya tuliskan semua di sini...Tapi ada satu part yang sangat menarik bila saya baca benar-benar membuatkan saya berfikir panjang.....

“ Jika stress datang menghentam, pujuklah suami mendalami perasaan anda. Tapiiii, jangan sampai suami meminta anda memahami hatinya...jika suami meminta bermakna saat itu anda benar-benar tidak memahaminya. Kerana lelaki dan wanita dicipta dengan perbezaan. Hati isteri terlalu halus, sesuai untuk mendamaikan jiwa suami, suami pula keras kerana dia harus berani menghadapi pukulan dalam kehidupan. Inilah persefahaman yang takan wujud dalam waktu singkat. Komunikasi yang telus mesti berlangsung sepanjang hayat hingga mencapai kesempurnaan cinta dunia dan akhirat.”

Bentuklah karakter baru dengan sentuhan rahmat Allah pasti suami akan pandai menjaga mata dan hatinya untuk anda.

Jadi renung2kanlah.....wallahuallam....


Salam.....

0 comments:

 
My Soul n Me..... © 2007 Template feito por Templates para Você