Nak Story sikit pasal merisik...bukan merisik khabar ek...Adat Merisik...sebelum adat bertunang tuuuu..
Adat merisik juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang.
Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.
So...tula serba sedikit pasal adat merisik ni....bukan apa masa zaman I nak kawin dulu...tak sempat merisik2 ni...tunang pun tak sempat...terus jerrr nikah kawinnn....tak nyompek2...ekekekeke....eh tapi jimat kos tu kan... But utk tak melanggar adat ler katakan...buat ler jugak majlis sarung cincin tunang sebelum nikah tu...hehe...
Ni nak story sikit....Semlm baru je selesai majlis merisik untuk anak buah my hubby...Puteri Maisarah...datang gaklah tolong2 apa yang patut kat umah my SIL...dok gak dengar kedua belah pihak bercerita serba sedikitlah pasal kedua2 bakal nihhh....best gak dengar org bercerita camni...bukan senang kan ada adat2 melayu yg masih ada sekarang ni.. alhamdulillahhhh...semuanya berjalan lancar....jumlah hantaran dan termasuk tarikh untuk majlis pertunangan i.e. this coming 6th of June....
Adalah gak about 4 hantaran camtu...some sort of buah tangan...termasuk manisan n fruits...n pulut kuning ni I yang decorate tawwww...hehehehe.... n for Sarah...congratulation dh jumpa Mr. Right..All the best to u...semoga beroleh kegembiraan dan keberkatan sehingga hari yang dinanti2kan...bakal tibaaa...insyaallahhh...
5 comments:
salam,
kalau ka ina suka terus je nikah sebab jimat kos dan jimat masa, yang penting semua dah kenal dan setuju atas semua yang dicadangkan .
Anyway, best jugak dapat tengok orang tunang dan dapat makan-makan ...hehehe.
tak penah lagi tgk org merisik n tunang..teringin jugak nak tgk..huhu
congrats to sarah.!
tahniah kat sarah..
btw..sarah ni bape taun cik lin?
bila la nak sampai my turn ni?!! mane la prince charming ni?!! hehehe...
tahniah buat sarah...
k ina - agree with u...
fatin - sarah ni sebaya ngan fatin jerrr... :)
sofie - nk tgu mr charming turun dr langit ek...hehe
Post a Comment